Berita SemasaPM X

Malaysia, Kanada setuju perkukuh kerjasama dalam pelaburan, perdagangan dan perkembangan teknologi

CYBERJAYA – Malaysia dan Kanada bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dua hala terutama dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, hubungan sesama insan serta bidang-bidang baharu termasuk ekonomi hijau, sains dan teknologi, serta kecerdasan buatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Justin Trudeau.

“Dalam pertemuan kali pertama kami ini, persetujuan dicapai untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Kanada.

Kesepakatan turut dicapai dalam mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Kanada ke tahap yang lebih tinggi,” kata Anwar dalam satu hantaran di laman Fecebook miliknya, hari ini.

Anwar kini berada di Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak berkaitan.

Dalam sidang ini juga, Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada telah dilancarkan dimana mesyuarat telah menerima pakai Kenyataan Bersama Pemimpin-pemimpin mengenai Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada.

Perdana Menteri turut menambah, beliau turut menekankan keperluan kedua-dua pihak meneruskan rundingan membina ke arah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada, yang dijadualkan pada tahun 2025.

Dan bagi menangani kesan krisis makanan dan tenaga, Anwar berkata neliau telah mencadangkan supaya ASEAN dan Kanada meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, teknologi digital, serta menggalakkan pertukaran para pakar dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button