Jenayah & Mahkamah

Pendakwaan mohon Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi semua pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini supaya 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi ke atas beliau, diberhentikan.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan.

Antara alasan itu termasuk pihak pendakwaan perlu mengkaji keterangan saksi-saksi pada perbicaraan itu serta bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut terhadap bukti baharu yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid membantah permohonan itu dan memohon supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan (DNA).

Prosiding dihentikan sementara Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan berhubung permohonan tersebut dibuat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Show More

Related Articles

Back to top button