Berita Semasa

‘Tongkat ali bukan untuk lelaki sahaja’

SHAH ALAM – Penggunaan Eurycoma longifolia atau tongkat ali sebagai bahan perubatan tradisional bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Bahan yang seringkali dianggap sebagai ‘ubat kuat’ bagi golongan lelaki itu turut mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran luar negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Biotherapathi, Haliza Ramli, khasiat tongkat ali tidak tertumpu kepada aspek tersebut sahaja, malah katanya, tumbuhan tersebut sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat sama ada untuk lelaki yang berkahwin dan bujang mahupun wanita.

“Tongkat ali ini adalah herba yang istimewa kerana sudah digunakan secara turun temurun bagi mengubati demam panas, malaria, gusi berdarah dan bukan sahaja untuk tenaga lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan kempen TikTok Nu Prep Physta “Ini barulah tongkat ali” di sini, pada Rabu lalu.

Haliza merasmikan kempen TikTok Nu Prep Physta “Ini barulah tongkat ali”.

Tambah Haliza, pihaknya menawarkan  sebanyak 300 sampel percuma bagi 300 TikTok affiliate terawal dengan tawaran komisen yang tinggi turut disediakan bagi sesiapa yang berminat menyertai kempen tersebut.

Mengulas lanjut, Haliza berkata, susulan daripada khasiat tongkat ali itu, pihaknya telah menjalankan banyak ujian klinikal ke atas produk Nu Prep dan ianya telah terbukti memberi pelbagai manfaat.

“Kami telah menjalankan banyak kajian terhadap tongkat ali ini dan oleh itu memang terbukti keberkesanannya khususnya tongkat ali Malaysia.

“Sebenarnya kajian kita sudah bermula pada 2012 dan kajian yang dilakukan dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun dan sehingga sekarang kami masih lagi menjalankan kajian tersebut” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, pihaknya juga sedang menjalankan kerjasama bersama Institut Sukan Negara (ISN) dalam penggunaan produk tersebut dalam kalangan atlet sukan.

Katanya, ujian doping yang dijalankan ke atas atlet yang mengambil produk Nu Prep juga negatif, dalam erti kata lain produk tersebut tidak memberi kesan terhadap ujian air kencing mahupun buah pinggang seseorang.

“Kita buat kajian dengan kerjasama ISN yang mana atlet mereka mengambil Nu Prep dan mereka mengambil ujian kajian air kencing itu memang negatif,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button