Berita Semasa

PM umum dana RM2 bilion untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Bebas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.

Perdana Menteri berkata, kemudahan ini akan membolehkan gabungan kewangan sebagai pemangkin, untuk memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga yang ada kekangan pinjaman atau potensi pulangan di bawah pasaran.

“Contohnya, pelaburan dalam rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap  Persidangan Peralihan Tenaga TNB 2023 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) pada majlis itu.

Yang hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Majlis Tenaga Negara akan diaktifkan untuk memastikan pembangunan dasar dan perancangan tenaga holistik sambil memantau kemajuan NETR.

“Saya secara peribadi akan memastikan Majlis ini berfungsi seperti diamanahkan.

“Langkah berikut (seterusnya) ini penuh bermakna.

“Kita akan buktikan peluncuran strategi (NTER) dan ia mesti diselusuri dengan tindakan serius oleh kementerian dan rakan yang bertanggungjawab,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button