Luar Negara
Pertempuran baharu tentera kerajaan, puak Houthi korbankan 23 nyawa
YEMEN – Satu serangan hendap puak Houthi ke atas tentera kerajaan di wilayah Lahj menyebabkan sekurang-kurangnya 23 terbunuh.
Laporan Reuters menyebut, serangan tersebut menyebabkan pertempuran sengit di antara kedua-dua belah pihak.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 10 tentera kerajaan cedera dalam pertempuran itu.
Pertempuran kali ini dilihat menjadi medan ujian selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mengendurkan ketegangan dengan mengadakan rundingan damai bersama pemimpin kerajaan Yemen dan puak Houthi.
Perang di Yemen telah meragut hampir 400,000 nyawa sejak 2014.
Beberapa siri rundingan juga telah diadakan namun gagal mencapai penyelesaian menyeluruh.