Berita Semasa

Amiruddin galas lima portfolio

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai lima portfolio utama negeri, termasuk jawatankuasa pembangunan tanah dan sumber alam serta kewangan dan tindakan ekonomi.

Beliau turut memegang portfolio pemodenan pentadbiran dan digitalisasi kerajaan; komunikasi strategik; pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sementara itu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik semula, Ng Sze Han (Kinrara) diberi tanggungjawab sebagai exco pelaburan perdagangan dan mobiliti; Borhan Aman Shah (Tanjung Sepat) exco perumahan dan kebudayaan; dan Izham Hashim (Pandan Indah) sebagai exco infrastruktur dan pertanian.

Senarai portfolio exco negeri itu diumumkan oleh Amirudin selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Selangor bagi penggal ke-15, hari ini.

SENARAI PENUH EXCO DAN PORTFOLIO

Amirudin Shari (Menteri Besar)
Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran & Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik, Pendidikan & Pembangunan Modal Insan

Ng Sze Han (Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti)
Pelaburan dan Perdagangan, Pembangunan IKS dan Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Izham Hashim (Exco Infrastruktur dan Pertanian)
Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian dan Perladangan

Borhan Aman Shah (Exco Perumahan dan Kebudayaan)exco negeri
Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan

Ng Suee Lim (Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan)
Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Rizam Ismail (Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan)
Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional

Jamaliah Jamaluddin (Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar)
Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau

Mohd Najwan Halimi (Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan)
Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana

V. Papparaidu (Exco Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan)
Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Dr. Mohammad Fahmi Ngah (Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi)
Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital, Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)

Anfaal Saari (Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat)
Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Ekonomi Penjagaan (Care Economy)

Show More

Related Articles

Back to top button