Berita Semasa

13 jam padam kebakaran enam kilang tilam

SUNGAI BULOH – Bomba mengambil masa kira-kira 13 jam untuk memadamkan kebakaran membabtikan enam buah kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, pihak bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya sekitar jam 6.05 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Seksyen 7, BBP Puchong dan BBP TTDI dari Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian, dan tiba jam 5 petang.

“Kebakaran yang tidak membabitkan mangsa itu berjaya dikawal 6.05 petang.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 6.05 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Wan Md Razali dilapor berkata, 11 jentera dari BBP Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara serta BBP Rawang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.48 petang.

Sementara itu, tiada kemalangan jiwa direkodkan bagi insiden kebakaran tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button