Berita Semasa

Semua jenazah pesawat terhempas akan diserahkan kepada waris hari ini

KLANG – Baki sembilan lagi mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam yang belum dituntut dijangka diserahkan kepada waris keluarga pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua jenazah telah selesai menjalani proses ujian DNA dengan kesemua identiti telah dikenal pasti.

“Mesyuarat bersama semua agensi yang terbabit bencana sebentar tadi (semalam) dimaklumkan keputusan ujian DNA semua mangsa sudah diperoleh dan identiti mangsa dikenal pasti.

“Kita memutuskan untuk serahkan jenazah semua mangsa kepada waris bermula jam 9 pagi esok,” katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam tadi.

Dalam kejadian Jumaat lalu, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park.

Nahas turut mengorbankan seorang penunggang dan pemandu e-hailing.

Semalam, jenazah penunggang p-hailing, Muhammad Hafiz Mohd Saleh yang terlibat dalam nahas tersebut diserahkan kepada ahli keluarga. Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Masjid Al Huda, Kampung Jerung Sungai Petani, Kedah.

Show More

Related Articles

Back to top button