Berita Semasa

Wanita dakwa orang lain gunakan kad pengenalannya untuk mengundi

CYBERJAYA – Seorang wanita berkongsi kisah kad pengenalannya disyaki digunakan oleh orang lain bagi membuang undi pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Wanita tersebut yang menggunakan id Rozana Mokhtar di laman Facebook berkata, dia bersemangat mahu pergi mengundi hari ini, tetapi lain pula jadinya apabila tiba di pusat pembuangan undi.

“Semangat pagi ni nak p mengundi..elok plak org tak ramai terus masuk ja..

“Bagi la ic kat petugas..depa cek nama pastu depa cam terkejut la gak bgtau dah ada yang mai mengundi tadi guna ic ni,” kongsi Rozana dalam paparan tersebut.

Dia berkata, susulan itu terpaksa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Nama sama boleh terima lagi..ni ic sama kot..tak pasal kena buat report..sesungguhnya PENGUNDI HANTU tu wujud tau..

“Kecewa xtau nak cita..geram suma ada..ni nak kena p IPD lak dah,” kata Rozana.

Beliau turut berkongsikan beberapa gambar, dengan salah satu daripadanya mengandungi laporan polis yang dibuat.

Berdasarkan gambar dikongsikan, kejadian dipercayai berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di Padang Serai, Kedah.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai insiden ini.

Show More

Related Articles

Back to top button