Politik

Anak Annuar Musa umum keluar UMNO

 

KOTA BHARU – Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Afiq Amani mengumumkan keluar dari parti itu dengan alasan mahu berehat dari arena politik.

Anak kepada Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa itu berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi seperjuangan dengan UMNO yang disifatkan sudah lari dari landasannya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pemuafakatan UMNO dengan Pakatan Harapan tanpa mengambil kira pandangan dan kepentingan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Saya lihat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang mempertahankan kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Bagi saya, untuk berada di dalam kepimpinan dan memperjuangkan itu agar sukar, jadi saya memilih untuk meletakkan jawatan serta melepaskan keahlian dan berehat daripada arena politik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pengisytiharan keluar dan melepaskan jawatan beramai-ramai dalam UMNO di Bukit Marak, semalam.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ditanya sekiranya keputusan itu dipengaruhi oleh bapanya yang menyertaikan Pas selepas meninggalkan UMNO, Afiq mengakui ayahnya tidak pernah mempengaruhinya sebaliknya bertindak atas keputusan sendiri.

Bagaimanapun beliau mengakui akan bersama-sama berkempen bagi membantu kemenangan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button