Agama

Penyerang PDRM, Bruno Suzuki peluk Islam

KUALA LUMPUR: Penyerang import PDRM FC dari Jepun, Bruno Suzuki selamat menjadi saudara baharu selepas memeluk agama Islam, pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh PDRM FC menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

“Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.

“Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445. Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” kata pasukan itu.

Penyerang berusia 30 tahun itu mengucap di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL) SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) Pulapol KL, Superintendan Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Sebagai rekod, Suzuki pernah mewakili beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Terengganu FC II (TFCII) dan juga TFC.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button