Luar Negara

Pihak berkuasa Rusia tutup operasi lapangan terbang susulan serangan dron

MOSCOW – Pihak berkuasa menutup Lapangan terbang Vnukovo di bandar raya ini susulan serangan dron dari Ukraine.

Menurut Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin dalam satu hantaran di Telegram, dua buah dron milik tentera Ukraine ditembak jatuh selepas melancarkan serangan di beberapa lokasi pada awal pagi Ahad di Moscow.

Media tempatan TASS melaporkan, bahagian hadapan dua bangunan pejabat mengalami sedikit kerosakan, namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Susulan penutupan itu, beberapa penerbangan ke lapangan terbang tersebut terpaksa dilencongkan ke lokasi lain.

Buat masa ini, operasi di lapangan terbang lain di wilayah itu berjalan seperti biasa.

Moscow menjadi sasaran beberapa serangan dron susulan pencerobohannya ke atas negara jiran Ukraine yang dilancarkan pada Februari 2022.

Ibu negara Russia itu juga berulang kali menyasarkan Ukraine dengan dron, peluru berpandu dan peluru berpandu cruise, menyebabkan kematian dan kerosakan besar di Kiev dan bandar-bandar lain.

Show More

Related Articles

Back to top button