Berita SemasaPM X

‘Islam boleh ditegakkan dengan ilmu dan amal, bukan semangat semata-mata’ – PM Anwar

PUTRAJAYA – Penyebaran syiar Islam perlu disemai dengan ilmu dan amal sambil tidak mengenepikan nilai dan akhlak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyemaian itu selari dengan tradisi Islam sejak zaman Rasullullah SAW yang sentiasa mempersiapkan umat dengan ilmu.

“Kerajaan Perpaduan sentiasa membawa ulama-ulama besar ke negara ini bagi mempersiapkan umat Islam dengan ilmu dan akidah.

“Apa pun tafsiran orang luar, kita masih tekankan soal pendidikan dan kesedaran Islam malah, kita guna dana kerajaan untuk sebar risalah penting berkaitan Islam,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan 2023 di Masjid Putra, di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Mufti India, Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Ulama al-Azhar yang juga Penasihat Kepada Presiden Republik Arab Mesir (Hal Ehwal Agama), Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari.

Perdana Menteri seterusnya berkata, umat Islam perlu menyelami sirah Islam untuk mengetahui sejarah perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat dalam pelbagai peristiwa penting Islam sebagai usaha mengelakkan perpecahan akibat perbezaan pendapat.

Dan bagi memperkasa ilmu, adab dan akhlak dalam kalangan masyarakat di negara ini, Anwar berkata, beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menterjemah kitab Adabul Insan Fil Islam untuk diedarkan secara percuma.

Beliau turut meminta supaya buku Adab Perbezaan Pendapat tulisan Sheikh Taha Jabir Fayyad al-Awani diterbitkan semula oleh Jakim sebagai antara usaha untuk membasmi perpecahan dan kehilangan adab akibat perbezaan pendapat.

Show More

Related Articles

Back to top button