Berita Semasa

B.Satiananthan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, B. Satiananthan menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Berita pemergian Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

“FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga B. Satiananthan atas pemergian bekas ketua jurulatih kebangsaan itu, tengah hari tadi.

“Mendiang mengemudi skuad B-23 kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal tahun 2009.

“Bekas pemain Negeri Sembilan itu turut pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, ATM, Felda United, Selangor dan Sarawak United,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan mendiang mengalami masalah di bahagian jantung, dan sejak itu beliau tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan Liga Malaysia sebaliknya cuma melakukan kemunculan sebagai penganalisis dalam siaran langsung perlawanan Liga Super di Astro.

Kemunculan mendiang dalam rancangan bersama Astro itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak apabila tubuh badanya susut berbanding ketika aktif mengemudi pasukan bola sepak.

Show More

Related Articles

Back to top button