Jenayah & Mahkamah

Bayi 22 bulan positif dadah, polis tahan ibu bantu siasatan

TAIPING – Seorang wanita ditahan polis selepas bayinya yang berusia 22 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suri rumah berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.

Menurut Razlam, bayi perempuan itu dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibunya yang ingin membeli barang.

“Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sebagai tindakan susulan, polis kemudian menahan ibu mangsa dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Difahamkan bayi itu kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

Show More

Related Articles

Back to top button