Berita SemasaPM X

[VIDEO] PM umum dana RM10 juta bantu golongan tidak berkemampuan dapatkan bantuan guaman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan dana RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan (YBGK) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan guaman yang sebaiknya.

Anwar berkata, kerajaan menghargai usaha yang dijalankan YBGK yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu, untuk memberi akses dalam prosiding jenayah.

@malaysiatribune

Peruntukan RM10 juta bantu golongan miskin dapatkan bantuan guaman #malaysiatribune #anwaribrahim #malaysiamadani

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“YBGK juga menjadi penyedia bantuan guaman terbesar negara dan kerajaan sendiri mengiktiraf peranannya.

“Sewaktu saya berada di (Penjara) Sungai Buloh, saya sendiri melihat ramai banduan yang diberikan peluang untuk dibicarakan,” kata Anwar ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf hak asasi semua pihak untuk menuntut keadilan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam.

“Dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, ia tidak boleh dilihat daripada prisma teori perundangan semata-mata kerana prinsip sedemikian tidak boleh direalisasi sekiranya orang di jalanan tidak sumber ekonomi yang mampu untuk mendapatkan akses keadilan.

“Dalam hal ini, saya memuji usaha gigih Majlis Peguam dalam menyediakan bantuan guaman, melalui skim yang ditubuhkan sejak lebih 40 tahun lalu.

“Kerajaan mengiktiraf akses terhadap keadilan adalah hak asasi dan saya bersedia untuk memberi pertimbangan serius kepada Majlis Peguam dalam perkara ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button