PM X

Anwar sudah jangka kerjasama Tun M, Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjangka kerjasama antara dua bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Diminta mengulas mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu semalam, Perdana Menteri berkata, mereka tetap akan bersekongkol untuk mempertahankan agenda masing-masing.

Katanya, agenda mereka adalah bertentangan dengan pendekatan yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan yang lebih menfokuskan untuk menyelamatkan negara.

“Bukan perkara baharu…kita tahu bahawa kelompok itu tetap akan bersekongkol untuk mempertahankan cara mereka.

“Kita bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) dan melancarkan aplikasi i-Akaun KWSP di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyifatkan pertemuan beliau bersama Dr. Mahathir pada dasarnya telah mencapai kata persetujuan untuk mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan meningkatkan sokongan kepada PN.

Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, pertemuan tersebut juga turut membincangkan tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus.

Show More

Related Articles

Back to top button