Berita Semasa

Imam Masjid al-Aqsa dilarang ke luar negara selama sebulan

CYBERJAYA – Rejim Israel mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan ke atas Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr. Ekrima Sabri sambil mendakwa beliau melakukan aktiviti yang mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.

Larangan itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Israel pada Ahad dan diserahkan oleh pasukan perisik Israel yang menyerbu rumah beliau di Baitulmaqdis Timur.

Tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.

Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang didalangi pihak kerajaan Israel.

Sebelum ini, Syeikh Dr. Ekrima telah melakukan lawatan ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.

Beliau kemudian turut menyertai Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Jun.

Show More

Related Articles

Back to top button