Politik
Sultan Kedah perkenan DUN dibubar 28 Jun
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 28 Jun (Rabu) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan tarikh pembubaran DUN.
Sesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini pagi tadi.
BERITA LANJUT MENYUSUL