Sukan

Arab Saudi ‘rosakkan’ bola sepak?

LONDON – Selepas perpindahan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema ke Liga Pro Saudi, kini giliran Bernardo Silva menjadi pemain terbaru dikaitkan dengan perpindahan ke negara Teluk itu.

Namun, perpindahan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak kerana mereka menyifatkan ia ‘meroskkan’ bola sepak.

Seorang peminat menciap di Twitter: “Arab Saudi merosakkan bola sepak.”

Peminat kedua berkata: “Saya bercakap mewakili setiap orang apabila saya menyatakan Arab Saudi perlu disekat.”

Seorang lagi menciap: “Jika Bernardo Silva meninggalkan kelab saya terpaksa melaporkan Arab Saudi kepada FIFA menerusi surat. Saya tidak boleh menyaksikan apa yang berlaku secara terang-terangan.”

Menurut ejennya, Jorge Mendes, rundingan bagi meninggalkan Manchester City pada musim panas ini sedang berjalan dan Silva, 28 berkemungkinan akan berpindah ke Arab Saudi.

Pemenang treble bersama Manchester City itu dilapor ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi dalam Liga Pro Saudi.

Sementara itu, N’Golo Kante, Hakim Ziyech, Wilfried Zaha, Sergio Ramos, Marco Veratti dan Roberto Firmino antara pemain yang ditawarkan kontrak lumayan untuk meninggalkan liga Eropah.

Selain itu, kelab Arab, Al-Hilal semakin hampir untuk mendapatkan khidmat kapten Wolves, Ruben Neves dengan harga £47 juta (RM278 juta), namun perpindahan buat Silva pasti sesuatu yang paling besar setakat ini.

Show More

Related Articles

Back to top button