Automatif & Teknologi

Gabema Academy, KLIEC tawar kursus diploma teknologi blockchain

KUALA LUMPUR – Gabema Academy dengan kerjasama Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kesederan awam berhubung teknologi rantaian blok (blockchain) dengan menawarkan program Profesional Diploma in Blockchain and Decentralized Finance.

Menurut Pengarah Urusan Gabema Academy, Norizwan Ali, program yang mendapat akreditasi daripada London Examination Board (LEB) itu bakal memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada orang awam mengenai teknologi blockchain.

“Program ini menawarkan pengajian profesional secara intensif tentang cryptografi, teknologi blockchain, smart contract, digital asset kripto, analisa pasaran, undang undang dan regulasi bagi digital asset kripto.

“Pelajar juga akan dapat memahami asas pembinaan blockchain, decentralized finance, smart contract, dapat melakukan analisa dalam pasaran digital asset kripto, dan dapat memastikan pelabur dan syarikat mematuhi undang undang dan regulasi digital asset kripto,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Akreditasi di antara Gabema Academy dan KLIEC pada 15 Jun lalu.

Yang hadir sama, Pengerusi Gabema Malaysia, Datuk Benjamin Mohd Shariff dan Pengerusi KLIEC Berhad, Datuk Daud.

Tambah Norizwan, selepas menjalani program yang hanya dijalankan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, pelajar akan mendapat akses dalam jaringan hubungan antara Gabema Academy, KLIEC dengan syarikat-syarikat blockhain.

Katanya, akses tersebut membolehkan mereka mendapat sokongan dan bantuan dalam membina kerjaya yang sesuai dengan latar belakang dan kemahiran mereka.

“Mereka juga boleh memilih untuk menggunakan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dalam memulakan kerjaya sebagai usahawan dalam industri blockchain dan decentralized finance.

“Sama ada membina project blockchain bagi kegunaan syarikat atau membawa produk blockchain ke pasaran Malaysia dengan bantuan dan sokongan dari Gabema Academy,” katanya lagi.

Blockchain adalah lejar digital dan urus niaga dicatatkan secara kronologi dan terbuka, serta boleh digunakan dengan berkesan untuk mengelak penipuan.

Teknologi itu menggabungkan pangkalan data dan kriptografi untuk bertindak sebagai platform pemindahan pelbagai urusan dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos.

Untuk rekod, seramai 15 graduan diploma profesional itu sudah dilahirkan bagi pengambilan pertama dan pihak Gabema Academy menyasarkan seramai 1,000 pelajar menyertai program tersebut pada akhir tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button