Berita Semasa

Acryl Sani umum persaraan pada Julai ini

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan beliau akan bersara dari pasukan polis pada minggu pertama Julai ini.

Difahamkan pengunduran beliau dalam pasukan tersebut disebabkan beliau telah menerima tawaran pekerjaan di luar pasukan itu.

Menurut laporan BH Online, Acryl Sani mengesahkan perkara tersebut.

“Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,” lkatanya.

Acryl Sani dilantik ketua polis negara pada Mei, tiga tahun lalu, menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Pelantikan beliau diumumkan menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin.

Beliau sepatutnya bersara wajib apabila mencecah usia 60 tahun, tetapi ditawarkan kontrak dua tahun bermula 4 Okt 2021 hingga 3 Oktober tahun ini.

Acryl Sani pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman termasuk siasatan jenayah komersial, sumber strategik dan teknologi, pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti sebelum dilantik sebagai timbalan ketua polis negara pada Ogos 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button