Berita Semasa

Pemuda UMNO gesa kerajaan ambil tindakan undang-undang terhadap Jocelyn Chia

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pelawak, Jocelyn Chia susulan jenaka berkenaan MH370 yang dibuat olehnya telah menimbulkan amarah di negara ini.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata tindakan keras perlu diambil kerajaan dengan mengharamkan Jocelyn Chia masuk ke negara ini.

“Jelas dan nyata, perbuatannya itu langsung tidak mencerminkan sikap sensitiviti terhadap rakyat Malaysia.

“Malah lawak keterlaluan membabitkan kehilangan pesawat MH370 ternyata melukakan hati waris mangsa.

“Untuk itu, tindakan keras termasuk mengharamkan Jocelyn Chia masuk ke Malaysia adalah satu tindakan tepat, selain kerajaan perlu mengambil tindakan perundangan ke atasnya,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas penyerahan memorandum bantahan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong dan Setiausahanya, Daniel Wa.

Terdahulu, Jocelyn Chia menerusi video yang dimuat naik akaun TikToknya membuat jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Show More

Related Articles

Back to top button