PM X

PM Anwar tegur banyak tandas sekolah rosak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tiada tindakan diambil ke atas keadaan tandas sekolah di negara ini yang dikatakan dalam keadaan rosak. 

Katanya, dapatan tersebut diperoleh daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas pemeriksaan keadaan tandas   dilakukan diseluruh negaea dilakukan.

Sehubungan dengan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut memberi cadangan agar murid sekolah turut memainkan peranan dalam membersihkan tandas.

“Saya arahkan Menteri Pendidikan (Fadhlina) semak, dan dapati bahawa tandas di sekolah banyak yang rosak, berpuluh-tahun tidak ada siapa yang peduli.

“Sekarang saya kata bagaimana hantar anak kita ke sekolah tapi tandas pun tidak ada. Anak kita manusia bukan dewa yang tidak pergi ke tandas.

“Anak-anak (di sekolah) perlu dilatih untuk bersihkan tandas, ia mengajar mengenai kebersihan, hormat orang termasuk yang cuci tandas. Muliakan nilai manusia yang bagi sumbangan,” katanya.

Beliau berkara demikian selepas merasmikan D’Anjung Selera Madani, Jalan Jujur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan (1986-1991), pernah mengarahkan pihak sekolah melakukan sistem penggiliran bagi membersihkan tandas.

Jelasnya, ketika itu adanya ibu bapa dari golongan profesional dan golongan atasan menghubunginya bagi membantah tindakan terbabit.

“Ada ibu bapa kelas atasan hantar telegram kepada saya berkata, saya hantar anak saya belajar bukan untuk cuci tandas.

“Jadi saya beritahu kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibu dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan di tandas awam bahawa ada nilai kerja.

“Ia melatih perubahan sikap, kadang-kadang orang kelas atasan ini tidak ada langsung untuk rasa prihatin dan ehsan kepada golongan bawah,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button