Libya: 23 anggota Daesh dijatuhkan hukuman mati
TRIPOLI – Mahkamah Tinggi Libya menjatuhkan hukuman mati ke atas 23 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah ketika kerana menjadi anggota kumpulan pengganas Daesh.
Laporan agensi Anadolu yang memetik kenyataan pejabat peguam negara berkata, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 14 yang lain atas pertuduhan yang sama.
Seorang lagi dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, enam lagi dipenjara 10 tahun, seorang lima tahun dan enam yang lain dipenjara tiga tahun manakala lima yang lain dibebaskan dan tiga lagi meningal dunia sebelum kes mereka dibicarakan, menurut kenyataan itu.
Defendan disabitkan dengan pelbagai pertuduhan, termasuk memenggal kepala 21 orang Kristian Koptik Mesir di bandar pesisir pantai Sirte pada 2015.
Beratus-ratus bekas militan Daesh/ISIS masih berada di penjara Libya, dengann kebanyakannya masih menunggu perbicaraan.