Berita Semasa

Penjualan semula tiket Coldplay: Lapor KPDN jika rasa ditipu

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa orang ramai yang merasakan wujudnya unsur penipuan dalam penjualan semula tiket konsert hiburan ‘Coldplay’ membuat aduan rasmi.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, pembeli berkenaan boleh membuat aduan rasmi kepada KPDN dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

“Ini untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain kementerian,” katanya.

Dalam pada itu KPDN turut menasihati pengguna agar membuat pembelian yang bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah.

Katanya, sebagai pelanggan, pengguna
berhak memilih tiket pada harga yang bersesuaian dengan kemampuan
mereka dan penawaran harga yang berpatutan oleh peniaga.

“KPDN juga menyeru kepada semua peniaga agar lebih beretika dalam urusniaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah manamana undang-undang,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button