Berita Semasa

[VIDEO] Mahfuz dilantik Pengerusi LPP

CYBERJAYA – Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Peertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa 15 Mei.

Pelantikan Mahfuz merupakan salah satu daripada lima jawatan pengerusi Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diumumkan pada hari ini.

Turut diumumkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelantikan tersebut dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Kata Mohamad, pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, perntadbiran dan perkhidmatan.

“Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan mengalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” kata Mohamad.

Dalam kenyataan itu, Mohamad turut mengumumkan pelantikan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), diikuti bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) manakala bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharid Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Show More

Related Articles

Back to top button