Luar Negara

Pesawat tentera India terhempas membunuh tiga nyawa

NEW DELHI – Sebuah pesawat pejuang, MiG-21 milik Tentera Udara India terhempas di daerah Hanumangarh, utara Rajasthan, mengorbankan tiga penduduk kampung.

Nahas berlaku ketika sedang dalam ujian latihan udara rutin dari pangkalan udara di Suratgarh.

“Kejadian berlaku berhampiran pangkalan tentera udara Suratgarh, dengan serpihan pesawat dilaporkan  menghempap sebuah rumah di kawasan Bahlol Nagar.

“Kemalangan berlaku selepas juruterbang mengalami masalah teknikal dan berjaya menyelamatkan dari pesawat dan mengalami kecederaan ringan,” menurut laporan berita tempatan.

Bagaimanapun, tiga lagi anak kapal terkorban dalam kejadian itu.

Siasatan telah dilakukan bagi menyiasat punca kejadian itu.

India merancang untuk menamatkan keseluruhan aset MiG-21 yang usang menjelang 2025, menurut laporan media tempatan.

Pada Januari lalu, dua jet pejuang tentera udara – Sukhoi-30 dan Mirage 2000 – terhempas ketika misi latihan rutin berhampiran Gwalior di tengah India.

Show More

Related Articles

Back to top button