Berita Semasa

Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu

CYBERJAYA – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu (22 April).

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Ini selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button