Berita SemasaPM X

PM luang masa berbuka puasa bersama media, penggiat seni

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa bersama pengamal media dan penggiat seni dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Anwar yang berpakaian baju Melayu berwarna biru muda tiba di Dewan Merdeka sekitar jam 6.30 petang dan disambut pengurusan tertinggi serta sempat beramah mesra dengan beberapa agensi media.

Majlis berbuka tersebut dimulakan dengan pengisian tazkirah dan turut dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Hijjaz.

Yang hadir sama, hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Suhaimi Sulaiman.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kasih Ibu.

Majlis yang berakhir sekitar jam 8.45 malam dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dan penggiat seni.

Untuk rekod, ini merupakan program berbuka puasa pertama Anwar bersama pengamal media selepas mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pada November tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button