Berita SemasaSukan

Ranking Harimau Malaya melonjak ke tangga 138 dunia

KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga selepas berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini menentang Hong Kong dan Turkmenistan.

Perkara itu dikongsi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 138 dunia, berjaya melonjak naik tujuh anak tangga berbanding 145 pada kemas kini terdahulu, 22 Disember 2022,” katanya.

Dalam perlawanan menentang Turkmenistan, Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan dengan keputusan 1-0 dan mencatat keputusan 2-0 ketika bertemu Hong Kong.

Sementara itu, menurut FAM, kemas kini seterusnya adalah pada 20 Julai ini.

Show More

Related Articles

Back to top button