Jenayah & Mahkamah

Wanita maut, dibunuh suami dengan tukul besi

DUNGUN – Seorang wanita maut selepas disyaki dibunuh suaminya dengan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian di Kampung Besol, Bukit Besi, pada Rabu.

Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan cedera parah di bahagian dahi dan muka.

Bertindak atas laporan, polis kemudianya menahan suspek untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif pembunuhan itu dan kes di siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Setibanya di rumah, pasangan itu didakwa mula bergaduh sebelum suspek yang berusia 32 tahun dikatakan keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi.

Suspek kemudian memberitahu kakaknya yang dia telah membunuh isterinya dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Untuk rekod, pasangan berkenaan dikatakan berkahwin tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Show More

Related Articles

Back to top button