Berita Semasa

Jemaah Malaysia hilang ketika tunaikan umrah ditemukan meninggal dunia

CYBERJAYA – Seorang jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu, ditemukan meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anak Allahyarham Rosli Salleh menerusi satu hantaran di Facebook Group, Group Umrah.

“Assalamualaikum. Update (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah (Rosli) kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah).

“Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin insya Allah,” kata anaknya, Muhammad Farid Rosli dalam hantaran tersebut.

Muhammad Farid turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam misi pencarian bapanya.

“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

“Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail (butiran), cukup di sini saja.”

Terdahulu, Farid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lokasi bapanya yang berusia 62 tahun apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu ketika mengerjakan umrah bersendirian tanpa ejen.

Show More

Related Articles

Back to top button