Ronaldo ledak dua gol, lakar rekod dunia penampilan antarabangsa terbanyak
LISBON – Penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod penampilan antarabangsa awal pagi tadi selepas Portugal menang 4-0 mengatasi Liechtenstein pada kelayakan Euro 2024.
Lebih manis lagi, rekod tersebut diraikan dengan jaringan dua gol daripada beliau hasil sepakan penalti pada minit ke-51 dan sepakan percuma pada minit ke-73 sekali gus, mencipta kaps ke-197 buat negaranya di Lisbon sebagai pemain kesebelasan utama.
Untuk rekod, Ronaldo telah menjaringkan 120 gol buat negaranya dan menjadikan dia pemain lelaki pertama meledak dalam 100 kejohanan antarabangsa kompetitif.
“Rekod ialah motivasi saya,” kata Ronaldo selepas perlawanan semalam.
Ronaldo kini bermain dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr, dan telah menjaringkan sembilan gol daripada sepuluh penampilan selepas menamatkan kontrak dengan Manchester United dengan cara yang tidak dimahukan.
Mengulas lanjut, Jurulatih baharu Portugal, Roberto Martinez, telah mempertahankan keputusan Ronaldo untuk terus bersama pasukan, meskipun pemain berusia 38 tahun itu disisihkan daripada kesebelasan utama semasa Piala Dunia Qatar yang lalu.
“Saya tidak melihat kepada usia,” kata said Martinez ketika mengumumkan skuad pertamanya minggu lalu.