Berita SemasaHiburan

Lagi rumahtangga artis dilanda badai, kali ini Diana Danielle dan Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Diana Danielle dikhabarkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pagi ini.

Permohonan itu dituntut Diana pada awal bulan lalu selepas tiada lagi persefahaman dan telah secara shiqaq atau perbalahan secara berpanjangan dan pasangan itu juga dipercayai tidak lagi tidak serumah itu.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Dalam hantaran terbaharu, Diana memuat naik satu hantaran umum bagaikan menjelaskan perasaannya hari ini.

“No longer in her sad girl era…,” kongsinya.

Januari lalu, Diana memaklumkan kepada media tiada wanita yang ingin bercerai tanpa sebab.

Show More

Related Articles

Back to top button