Berita Semasa

Hal Fintech Advisor jalin kerjasama dengan UiTM

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA dan Hal Fintech Advisor (HFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa dengan slogan Halal: Rahmah ke seluruh alam.

Majlis itu yang diadakan di Hotel De Palma di sini disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdulah.

Dalam pada itu, MoU itu ditandatangani antara Timbalan Naib Canselor (TNC) UiTM, Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah dan Pengasaa HFA, Aizuddinur Zakaria.

Menurut Aizuddinur, teras utama MoU itu adalah untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa antara UiTM dan HFA dalam pelbagai bidang seperti ekosistem dan kapasiti rantaian bekalan halal program pembangunan.

“MoU itu bertujuan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam mempromosikan bakat halal tempatan, pertukaran rakyat kepada rakyat dan program pembangunan kapasiti di Eropah dan Afrika.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor halal termasuk pembangunan ekosistem rantaian bekalan halal dan program pengembangan pasaran,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button