Berita Semasa

Rebah secara tiba-tiba, pelajar UiTM Puncak Alam meninggal dunia

SUNGAI BULOH – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Kampus Puncak Alam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan berhubung kejadian diterima membabitkan pelajar semester satu itu pada jam 10.13 malam.

“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang. Waktu itu pelajar berkenaan secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.

“Beliau disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button