Berita SemasaHiburan

Diva AA selar tindakan artis keruhkan keadaan kes Kamal Adli

KUALA LUMPUR – Selebriti sensasi pe­nuh kontroversi, Azwan Ali atau juga lebih popular dipanggil Diva AA menyelar tindakan segelintir pihak yang mengeruhkan keadaan berhubung kes Kamal Adli dipukul di Singapura pada Isnin lalu.

Menurut Azwan, dia tidak menyenangi sikap segelintir artis yang dikatakan mengapi-apikan keadaan dan telah menyuruh mereka untuk ‘menjual rojak’.

“Diva AA tak senang dengan artis-artis sampah ni. Artis-artis jual rojak tak laku ni, yang menyalak-nyalak ini, kau pergi jual rojak jela, puih “ tegasnya.

“Aku tidak akan kutuk Aaron Aziz, aku tidak akan kutuk Kamal Adli, sebab aku dengan Singapura tiada masalah. Apa masalahnya? Singapura pun jilat aku, jilat,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa program santai pemberian rendang percuma kepada petugas media di Bangsar Village 2 di sini, semalam.

Tambah Azwan, dia juga menasihati artis di luar sana untuk mempunyai ‘aura’ dan mengamalkan ayat Kursi bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Apa yang Diva AA nak kongsikan bahawa dalam hidup kita kena ada aura. Aura kita sebagai ‘superstar’ tak kisahlah kalau pergi Singapore atau Maldives ke insya-Allah kita dilindungi.

“Lepastu amalkan ayat Kursi barulah meletup bedah.. ini kau menonong sahaja mana tak kena hempuk.. sampai berdarah kepala.

“Aku okay sahaja. Sudah la dijaga VVIP jangan nak kutuk-kutuk Aaron Aziz ke, Kamal Adli ke, tidak perlu. I love Aaron Aziz, i Iove Kamal Adli,” ujarnya lagi.

Kamal cedera dipukul lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan cota ketika hadir ke sebuah acara di Singapura Isnin lalu.

Lelaki tersebut, dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 33, dan telah didakwa di mahkamah Singapura.

Show More

Related Articles

Back to top button