Berita SemasaHiburan
Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah pukul isteri
KUALA KUBU BHARU – Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.
Hafiz tiba di mahkamah jam 8.32 pagi dengan menaiki sebuah pikap sebelum masuk ke kompleks mahkamah diiringi lima individu termasuk peguam, memetik laporan Harian Metro.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Menurut beliau, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di R&R Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes terbabit.