Berita Semasa

Ceramah Ustaz Wadi Anuar pula diarah batal

SHAH ALAM – Kuliah maghrib penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Anuar yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac dan 11 Mac ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz serta Padang Astaka Tanjong Larang, terpaksa dibatalkan.

Wadi dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, semua ceramah yang dijadualkan berlangsung di negeri Selangor terpaksa dibatalkan, namun ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah dibatalkan, manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa,” tulisnya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Punca ceramah tersebut dibatalkan masih lagi menjadi tanda tanya, susulan tiada kenyataan rasmi daripad pihak Wadi berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengadakan ceramah di Selangor atas sebab tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button