Skuad emas Asia 2018 dipertaruhkan sekali lagi dalam Sukan SEA dan Asia 2023
KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara yang menamatkan kemarau selama 24 tahun pingat emas pada Sukan Asia 2018 terus dikekalkan bagi membawa cabaran Malaysia dalam Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia China 2023.
Dalam temasya yang diadakan di Indonesia itu, skuad negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Farhan Adam (pengumpan) serta Mohamad Azlan Alias (perejam).
Menerusi senarai akhir yang dikeluarkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) malam tadi seramai 25 pemain terpilih membawa cabaran negara ke kedua-dua temasya itu.
Selain membariskan muka senior, PSM turut menyenaraikan pemain baharu bagi mewakili negara.
Berikut senarai pemain yang dipilih:
Tekong: Mohammad Syahir Rosdi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Meor Mohamad Zulfikar Abd Razak, Muhammad Faisal Mohd Fuad, Muhammad Hairul Hazizi Haidzir, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Najmi Syahfiq Anuar.
Apit kanan: Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar, Muhammad Shahalril Aiman Abd Halim, Muhammad Redwan Hakim Muhammad, Muhammad Norhafizzi Abd Razak, Baihakki A’ripin dan Mohamad Azlan Alias.
Apit kiri: Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, Mohd Muqlis Borhan, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zaim Razali, Muhammad Redwan Hakim Muhammad, Muhammad Lutfil Hadi Azmi dan Farhan Adam.