Berita SemasaSukan

KJ sah dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin sah  dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat belia Johor.

Perkara itu disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini.

Katanya, Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta bola sepak negeri itu berdasarkan pengalamanya semasa menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013 hingga 2018.

“Saya sudah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” kata TMJ.

Selain itu, lantikan tersebut juga kemudian disahkan JDT menerusi kenyataan pada akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, hari ini.

Kelab berkenaan memaklumkan Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.

Terdahulu, TMJ sebelum ini sudah memberi bayangan Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.

Untuk rekod juga, Khairy pernah mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.

Show More

Related Articles

Back to top button