Jenayah & Mahkamah

Warga Malaysia parah ditembak di Betong

GERIK – Seorang lelaki warga Malaysia dilaporkan parah selepas terkena tiga das tembakan di kedai serbaneka Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim, mangsa telah ditembak oleh individu yang tidak dikenali dan mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha.

Mangsa walaubagaimanapun telah mendapatkan rawatan di Hospital Betong.

“Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.

“Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri. Setakat ini suspek masih belum ditangkap,” katanya pada Isnin.

Tambah beliau lagi, siasatan akan dijalankan dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan.

“Mangsa telah lama keluar masuk ke Betong kerana dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand.

“Mangsa yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong,” jelasnya lagi.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button