Kejar dari PJ, tahan di Cyberjaya
CYBERJAYA – Pihak polis berjaya menahan dua daripada empat suspek yang terlibat dalam insiden kejar mengejar, di sini awal pagi tadi.
Laporan portal HM Online menyebut, insiden tersebut yang bermula dari Petaling Jaya berlaku apabila sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki empat individu termasuk seorang wanita itu, dipandu dalam keadaan mencurigakan menyebabkan anggota yang sedang melakukan rondaan cuba menahan mereka.
Bagaimanapun, kenderaan itu terus memecut laju lantas dikejar oleh anggota polis sehingga ke Cyberjaya.
Bagaimanapun, ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.
Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.
“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.
Sementara itu, video kejadian itu menjadi tular di media sosial sejak awal pagi tadi, dengan rata-rata pengguna berkongsi visual aksi kejar mengejar tersebut di jalan raya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune