Berita Semasa

Cadangan Nazri Aziz sebagai Duta AS dibuat sewaktu kerajaan PM9 – Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  menafikan pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dibuat atas cadangan UMNO.

Katanya, lantikan tersebut dibuat sewaktu pimpinan kerajaan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Daripada zaman Perdana Menteri yang ke-9, daripada Kerajaan,” jawabnya ringkas.

Beliau bekata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Hotel Seri Pacific di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Mohamed Nazri mempunyai personaltiti yang sesuai dan diharapkan dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tinggi di negara berkenaan.

“Kerajaan telah membuat keputusan Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Washington. Beliau ada personaliti yang sesuai untuk jadi Diplomat di Amerika.

“Saya percaya Anwar Ibrahim akan melawat Amerika Syarikat dan saya percaya Nazri Aziz boleh menguruskan dan menyusun pertemuan antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin tinggi di Amerika.

“Selain itu, untuk meningkatkan tingkat warganegara kita untuk melawat Amerika Syarikat kerana sebelum ini kedudukan negara kita menurun ke tangga ketiga tapi dapat meningkat kembali ke peringkat kedua. Saya harap Nazri Aziz dapat tingkatkan kepada peringkat pertama kembali,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dilakukan setahun yang lalu

Show More

Related Articles

Back to top button