Berita Semasa

KPM siasat dakwaan guru minta murid tukar agama

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan siasatan mengenai sebuah video tular berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

Menurut KPM dalam satu kenyataan hari ini, kementerian telah menerima maklum balas awal daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung insiden berkenaan.

“Kementerian memandang serius isu tersebut dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmoniaan kaum dan negara,” kata KPM.

Berkutan itu, siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat, kata kenyataan itu lagi.

Tgeas KPM, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.

KPM pada masa yang sama akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut, katanya.

“KPM tidak akan berkrompomi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama,” kata kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button