Ketua Staf Presiden AS mahu letak jawatan
WASHINGTON – Ketua Staf Presiden Amerika Syarikat (AS), Ron Klain dilaporkan mahu meletak jawatan.
Laporan New York Times dan CNN pada Sabtu menyebut, Klain dijangka melepaskan jawatannya dalam beberapa minggu lagi.
Setakat ini tiada lanjut maklumat mengenai pengganti Klain.
Beliau dilantik ke jawatan tersebut oleh Presiden AS, Joe Biden kira-kira dua tahun lalu semasa permulaan penggal beliau sebagai presiden.
Dilaporkan, Klain berkemungkinan berundur selepas Biden berucap pada State of the Union pada 7 Februari nanti.
Klain,61, yang menjadi orang kepercayaan Biden dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk berundur sejak pilihan raya separuh penggal AS pada November.
Berita mengenai pengunduran Klain itu timbul di tengah-tengah penyiasatan mengenai penemuan dokumen sulit di kediaman peribadi Biden baru-baru ini.