Berita SemasaSukan

Syihan Hazmi sah sertai JDT

JOHOR BAHRU – Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasmi sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman Syihan yang juga Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dalam pasukan JDT dibuat menerusi klip video yang dipaparkan di laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu akan menyertai JDT ke Dubai untuk latihan pra musim di bawah kendalian pengendali baharu, Esteban Solari.

Syihan yang sebelum ini yang beraksi cemerlang membantu pasukan kebangsaan dalam kempen Piala AFF bakal memberi persaingan sihat antara penjaga gawang utama JDT, Farizal Marlias dan Haziq.

Khabar angin Syihan menyertai JDT bertiup kencang sejak tahun lalu, namun dinafikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketika pihak media bertanyakan mengenai status bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC itu ketika aksi persahabatan JDT menentang kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada 28 November lalu, Tunku Ismail secara berseloroh berkata tidak kenal dengan penjaga gol itu.

Show More

Related Articles

Back to top button