Berita Semasa

Bahan binaan jatuh dari tingkat 56, pemandu Vios terselamat dari maut

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Seorang pemandu kereta terselamat selepas keretanya rosak teruk dihempap sekeping besi bahan binaan dari sebuah bangunan 80 tingkat di Jalan Ampang, 8.45 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa bernasib baik kerana tidak berada dalam kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, objek terbabit telah jatuh daripada tingkat 56 bangunan lalu menghempap sebuah Toyota Vios yang diparkir di hadapan 7-Eleven.

“Semasa kejadian, pemilik kereta berada di dalam kedai serbaneka terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sejak pagi tadi tular beberapa keping foto yang dikongsikan oleh pengguna media sosial memaparkan Toyota Vios berwarna putih remuk di bahagian bumbung selepas dihempap kepingan besi.

Show More

Related Articles

Back to top button