Luar Negara

Insiden serangan tikaman di stesen kereta api, enam tercedera

PARIS – Enam individu dilaporkan tercedera dalam kejadian serangan tikaman di Stesen Gare du Nord yang sibuk di Paris, pada Rabu.

Laporan AFP yang memetik sumber keselamatan berkata, suspek yang tercedera akibat ditembak berjaya ditahan di hab komuter yang sibuk yang juga berfungsi sebagai tempat pelepasan kereta api ke utara Perancis, London dan Eropah Utara.

“Seorang individu mencederakan beberapa orang pagi ini di Gare du Nord,” kata Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin di Twitter.

“Suspek berjaya dineutralkan. Terima kasih kepada pihak polis atas respons yang berkesan dan berani,” katanya lagi.

Suspek difahamkan terkena tembakan di dada dan kni berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, serangan tersebut diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah, dan bukannya serangan pengganas.

Stesen Gare du Nord adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di dunia dengan 700,000 pengembara menggunakannya setiap hari.

Show More

Related Articles

Back to top button